Monday 14 March 2011

KEK COKLAT


Mahukah anda belajar membuat coklat sendiri dengan lebih terperinci serta menjana pendapatan melaluinya?

Pelajari langkah demi langkah cara membuat coklat di rumah istimewa dari Puan Shida. Anda juga boleh menjana pendapatan dengan menjual coklat buatan sendiri dan perolehi keuntungan mencecah 300% daripada kos membuat coklat.

Panduan ini dikarang khas sebagai salah satu alternatif bagi anda mendapatkan pendapatan sampingan dari rumah dengan usaha sendiri. Panduan bukan sahaja untuk mereka yang mahu memulakan perniagaan, bahkan sesuai bagi sesiapa sahaja yang berminat dengan coklat dan suka mencuba resepi baru.



Bahan-bahan:

1 ¼ cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
1 cawan gula perang
1 cawan susu perisa coklat
1 cawan minyak
¾ cawan serbuk koko
½ cawan susu pekat manis
3 biji telur

Cara Penyediaan:


Panaskan kukusan.

Ayak tepung gandum bersama soda bikarbonat dan baking powder. Ketepikan.

Satukan gula perang, susu coklat, minyak dan serbuk koko dalam sebuah periuk kecil. Panaskan atas api kecil sambil dikacau sehingga semua bahan larut. Tutup api dan biarkan sejuk seketika. Sementara itu, pukul telur hingga kembang.

Tapis campuran coklat ke dalam mangkuk adunan. Kemudian masukkan telur yang telah dipukul. Kacau hingga mesra. Seterusnya masukkan campuran tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati.

Tuangkan adunan ke dalam loyang 8” yang telah digris dengan minyak atau dilapik kertas minyak. Tutup loyang dengan kerajang aluminium untuk elakkan air dari wap kukusan masuk ke dalam kek.

Masukkan Loyang ke dalam kukusan dan kukus selama satu jam.

Tutup api, keluarkan loyang dari kukusan dan biarkan sejuk sebelum dihidangkan.